PANAS DAN MELETOP

Khamis, 12 Jun 2014

Apa itu Bell Palsy dan Cara Merawatnya


Bell's palsy merupakan masalah lumpuh wajah sebelah di mana saraf yang mengawal pergerakan dan deria di wajah tidak berfungsi dengan normal. Lebih mudah dikatakan saraf dan otot muka sudah lumpuh dan pesakit tidak dapat mengawal apa yang berlaku di kawasan muka. Simptom-simptom yang menunjukkan bell's palsy atau lumpuh wajah sebelah adalah seperti:
  • dahi tidak berkedut
  • kelopak mata jatuh
  • mata kering atau air mata berlebihan
  • otot pipi jatuh, bergerak dengan sendiri atau lemah
  • hujung mulut jatuh
  • mulut kering 
  • deria rasa di lidah berkurangan.

Saraf muka atau facial nerve merupakan sebahagian daripada sistem saraf yang dikenali sebagai saraf kranial atau cranial nerveCranial nerve adalah sistem saraf yang muncul terus daripada otak berbeza dengan spinal nerve atau saraf tunjangyang muncul daripada tulang belakang.

Senarai saraf-saraf kranial
Saraf kranial yang muncul terus dari otak

Fungsi utama saraf muka adalah merangsang pergerakan otot muka yang memberikan riak muka atau ekspersi muka seperti senyum, sedih, gembira, terkejut dan sebagainya. Selain daripada itu, saraf muka berfungsi mengawal deria rasa lidah daripada dua pertiga bahagian lidah dalam dan rongga mulut. Ini bermakna jika saraf ini lumpuh maka kebarangkalian simptom-simptom bell's palsy adalah tinggi.

Cara Rawatan .. sumber >>> sini

Dari pengalaman aku,pesakit akan dirujuk ke Bahagian Neurologi hospital dengan segera sebab simptomnya hampir menyamai Stroke.Sekiranya doktor sahkan yang memang terkena Bells Palsy,jangan risau.Still boleh dirawat dan pulih dalam tempoh 3 minggu - sebulan.Yang penting dapatkan rawatan segera.


Preskripsi Doktor

Senarai ubat yang perlu dimakan selama sebulan tempoh rawatan:

1.Prednisolone(Corticosteroid) =12pcs x 7 hari,6pcs x 7 hari,3pcs x 7 hari,1pcs x 7 hari 

2.Ascorbic Acid = 2pcs x 30 hari

3.Vitamin B Complex = 1pc x 30 hari

Selain dari makan ubat mengikut jadual,kena banyakkan rehat,tidur kat tempat gelap(aku pun tak paham kenapa doktor suruh aku buat macam tu),jangan bagi muka terkena angin dan sebelum tido,'tape'kan mata yang tak boleh tertutup tu.Bahaya kalau kuman masuk,kang infection lak.

Penyakit ni sangat jarang berlaku,cuma kalau kena sure gelabah punya.Masa aku kena penyakit ni,aku tengah sibuk stadi untuk final exam Sem 2,ditambah lagi kerja banyak kat kilang.Mujur sem tu dapat point 3.84,huhu!

5 ulasan:

  1. orang sekeliling saya pun ada yang alami bell palsy...
    rata2 yg kena masih muda & amalkan hidup yg sihat....
    memang risau sungguh rasanya...

    Bell Palsy: Strok Di Bahagian Muka Yang Siapa-Siapa Pun Boleh Kena. Wajib Ambil Tahu! | Diari Mama

    BalasPadam
  2. Memang gelabah kalau kene penyakit ni. Sebabnya dia tiba-tiba jer terjadi kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan saye pon tibe2 kene..trkjut jugak tapi smlam da g hsp..doakan
      la cepat smbuh..takot

      Padam
    2. Kan saye pon tibe2 kene..trkjut jugak tapi smlam da g hsp..doakan
      la cepat smbuh..takot

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam