PANAS DAN MELETOP

Ahad, 21 Julai 2013

Kelahiran Putera Sulungku. Selamat Datang Ke Dunia Sayang

Alhamdulillah mungkin lama tak menulis disini

Penantian selama 9 bulan 10 hari berakhir dengan kelahiran putera sulung


Sebenarnya isteri saya, telah turun darah pada hari jumaat jam 9 malam dan keesokan harinya jam 730 petang air ketuban isteri telah pecah, bagi mengelakkan air ketuban pecah, saya dan isteri terus ke klinik perbidanan dan doktor memeriksa dan menyatakan bukaan baru 1.2 cm. Doktor membuat keputusan untuk induce dengan pil. Induce dengan cecair tidak dapat dilakukan kerana tekanan darah isteri naik ke tahap 160.

Setelah induce, malamnya isteri berasa sakit dan pagi ahad, bila diperiksa doktor bukaan masih sama hanya 1.2 cm tidak berubah. Doktor memberi pilihan kepada kami berdua sama ada untuk induce kedua atau operation dan keputusan yang diambil adalah operation.

Isteri masuk ke bilik bedah jam 11 pagi dan berakhir jam 1115 pagi.. air mata hampir jatuh ke bumi bila melihat isteri menahan kesakitan pembedahan yang dilakukan. Saat paling mengharukan ialah bila melihat bayi, anak sendiri :). untuk makluman pembedahan dilakukan doktor pakar perbidanan Dr. Mathew J. Matthew @ nama islamnya Mustaqim.

Terima Kasih Doktor

 jam 11. 10 pagi menyaksikan kelahiran putera kesayangan di sebuah klinik perbidanan swasta dengan berat 3.3 kg.. Semoga menjadi anak yang sihat, bijaksana dan soleh ye sayang..i lov u


1 ulasan:

  1. tahniah, tahniah. first time sentuh/dukung tu waktu paling mengharukan...

    BalasPadam