PANAS DAN MELETOP

Sabtu, 30 Mac 2013

Cara Mudah Hilangkan Baju Terkena Lunturan Warna

Assalam semua..harap semua sihat

semalam membasuh baju, sebelum tu memang dah asingkan baju putih dan warna nak elak dari terkena warna atau warna turun. tup. tup sekali basuh dah siap rendam..nah baju warna terkena warna yg luntur dari seluar jeans hitam..aduhai..dah la baju tu baru pakai beberapa kali je pun..

Gambar Irma Hasmie Dan Bayinya



so terus sental tapi masih tak keluar jugak warna yang meluntur dan terkena baju tersebut..sekrang masih tengah rendam dalam vanish dan sambil-sambil tu tengah google macam mana nak hilangkan baju terkena lunturan warna baju lain..dan hasilnya ialah:


pertama menggunakan Dylon
dylon

Dylon boleh digunakan dengan 2 cara iaitu cucian washing machine atau cucian tangan. Namun aku suggestkan guna cucian tangan kerana ia menggunakan air panas/air suam. Kemudian bolehlah dicuci semula menggunakan washing machine.
Dylon: Cucian Tangan
  1. Penuhkan besin/baldi dengan air panas mengikut suhu tertinggi yang tercatat pada label pakaian yang akan direndam.
  2. Masukkan 1 peket dylon dan kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan kesemua pakaian yang turun warna (boleh dicampurkan sekali). Pastikan semua pakaian terendam penuh.
  4. Rendam selama 1 jam. Kacau pakaian itu sekali sekala dalam tempoh 1 jam. (note: walaupun instruction tulis rendam 1 jam, jika perlu anda boleh rendam lebih lama jika material pakaian tidak begitu senstive, pernah juga saya rendam sehingga satu hari, periksa sesekali dan tengok jika lunturan warna itu mulai pudar seperti mana yang anda mahukan)
  5. Selepas 1 jam, perah seperti biasa, jemur atau keringkan pakaian anda.

Nota mengenai dylon:
  • Boleh didapati di bahagian detergen pakaian di hypermarket seperti giant atau tesco.
  • Terdapat beberapa jenis mengikut keperluan anda, pakaian berwarna, pakaian putih dan lain-lain.
  • Didatangkan dalam 2 sachet bagi setiap kotak.
  • Harga sekitar RM10-RM15 mengikut jenis.

Keduanya


 1) Rendamkan baju yang terkena warna tu dalam air panas dan dicampurkan dengan perahan asam limau. Berapa biji asam limau depends on the stain, kalau nampak banyak je kotoran tu kau guna lah banyak sikit. Tadi aku guna dalam 5 biji asam limau. Lepas tu letakkan sedikit sabun basuh baju. Rendamlah dalam sejam macam tu, kalau rasa gelisah resah jenguk jenguk la baju tu. Hakhak. Kalau aku tadi aku rendam dalam 30minit macam tu terus hilang kesan tu.

Ketiganya 

2) Rebus baju yang terkena warna tu, selagi tak hilang kotoran selagi tu lah rebus. Sehingga hilang. Cara nie pun menjadi mengikut few blogs yang aku lawat tadi, tapi aku tak berani sebab aku ada tengok tag di baju tu yang letak tanda pangkah pada basuh baju tersebut dengan air panas.

petang ni insyaallah ke Tesco nak cari dylon dan cari sama asam limau.. nak test takut tak menjadi ada jugak back up..



31 ulasan:

  1. saya tidak boleh mendapatkan dylon di kedai2 terdekat, jadi saya mengambil langkah untuk menggunakan cara kedua. dan ianya berkesan!! terima kasih! =)

    BalasPadam
  2. sy try esok..dahla yg kene tu bju kerje

    BalasPadam
  3. Memang betul kata awak memang nangis punya bila baju yang warna cantik tetiba jadi hitam sebab jeans luntur. Raya baru ni gaun anak saya 2pasang jadi hitam terus sbb jahil pi basuh ngan seluar jeans. 12tgh malam saya nangis sambil sental dalam bilik air..sian bila fikir rosak baju anak saya. Terus google cari tips nak turunkan warna luntur tu. Mekasih atas sharing awak ni. saya pun nak share tips ni dalam blog saya. Nak tahu saya berjaya hilangkan warna yang luntur tu...:) dengan salah satu tips yang awak bagi tu.

    BalasPadam
  4. assalam sis nk tanya asam limau tu limau kasturi ke?

    BalasPadam
  5. Baju maxi kita kain dia hitam. Atasnya putih. Yang putih kena hitam. Dah huna dylon tak hilang jugak. Maybe nak try cara kedua tu. Sedih betul baru sekali je pakai.

    BalasPadam
  6. Cara no 2 mmg berkesan.. πŸ‘πŸ‘

    BalasPadam
  7. cara nak hilangkan kesan softlan (nampak bertompok2)pd tudung ?

    BalasPadam
  8. sya pkai clorex lemon,agak2 mnjadi tk??dh campur dgn sabun basuh

    BalasPadam
  9. InsyaAllah saya akan cuba..semoga berkesan

    BalasPadam
  10. seluar saya baru terkena color atau luntur sy pon x pasti.. tp boleh ke guna cara ni utk hilangkan tompokkan asing tu?

    BalasPadam
  11. Seluar jeans saye kena kesan luntur dari baju lain...macam mana ye nak buat..

    BalasPadam
  12. Baju saya jenis material songket berwarna cream, macam mana nak hilangkan kesan luntur?

    BalasPadam
  13. uniform saya warna biru terkena clorock.boleh ke kalau guna cara ni untuk hilangkan tompokan tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau baju yang dah terkena clorox, mmg dah tak boleh nak buat apa dah

      Padam
  14. Baju sy Hitam trkena clorox Mcm mna ye nk pilih blik Hmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau baju yang dah terkena clorox, mmg dah tak boleh nak buat apa dah

      Padam
  15. Terkena bj keja anak..rasa sedoh sbb bj tu baru je dpt..tgh try..terima kasih atas petua

    BalasPadam
  16. Kalau baju biru terkena clorox then buat dengan dylon agak nya boleh balik tak colour nya?? Ataupun jadi colour lain tapi hilang la colour putih clorox tuh?

    BalasPadam
  17. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  18. Askum mcm mna dgn cap plk?cap sy merah putih bhgian depan benang merah bersebelahan di bhgian putih,di benang tu kluar warna merah, ada cara tak nk hilangkan..

    BalasPadam
  19. Kalau baju berwarna hijau tua terkene lunturan dari tuala merah boleh hilang tak?? banyak tompok² lunturan tu kat baju tu... boleh hilang ke??

    BalasPadam
  20. Tolong respon πŸ™πŸ™

    BalasPadam
  21. Nak tanya kalau hoodie terkene clorox lpstu mcm mna kita nak colorkn dia balik jdi warna asal😭😭

    BalasPadam
  22. hai sis πŸ’— ada apa2 update tak ? dapat balik colour hoodie tu ? sbb hoodie saya pun sama macamtuu jugakk 😭 terkena clorox hmm 😭😭

    BalasPadam
  23. Kalau baju berwarna pink dan kuning, terkena luntur seluar jeans macam mana cara hilangkan 😭😭

    BalasPadam
  24. Tuala warna putih sama baju warna kuning telur kenajangkit warna baju pink.habis kasian😭😭😭

    BalasPadam