PANAS DAN MELETOP

Ahad, 30 Disember 2012

Follow Up dan Fisioterapi

salam semua,
sekejap je dah hujung tahun,esok dah 31 disember dan lusa dah masuk tahun baru.
esok pagi ada follow up dgn doktor orthopedik iaitu pakar tulang di hospital pantai utk xray bahagian tulang punggung yg patah ekoran kemalangan. Lepastu belajar jalan dengan ahli fisio utk kuatkn lagi otot dan tulang kaki.Minggu lepas,otot kaki kanan masih lemah banding kaki kiri.hope esok semuanya lancar
wish me luck
gambar tulang belakang dgn besi

Jumaat, 28 Disember 2012

Cara Sedia Susu Anlene

alhamdulillah makin beransur pulih slps kmlgn oktober lalu.
Antara susu yg diminum ialah anlene utk kuat dan 'repair' balik tulang.
Cara nk sedia susu anlene sebenarnya guna air sejuk @ suam bukannya air panas kerana bila guna air panas akn matikan bakteria baik utk diserap oleh tulang.oleh itu,jika guna air panas ibrat minum air susu tanpa ada apa apa khasiat :-).

Rabu, 26 Disember 2012

Menikmati Manisan Di Secret Recipe

semalam ke village mall sungai petani,untuk menunaikn hasrat cik isteri untuk ke secret recipe.katanya teringi menikmati shepard pie n tom yam kung tapi shepard pie habis,yg ada cuma tom yam kung.kira tunai jugak la hehehe.saya pula memesan kek coklt indulhence mmg sedap sgt,sehiris pun dah knyg berbaloi la sebbnya harga sehiris dah rm 10.

Selasa, 25 Disember 2012

Relaks di Pendang Lake Resort

walaupun baru je balik dari bercuti di penang,tak lama lepastu mak mertua dan cik isteri ajak ke Pendang Lake Resort selama 3 hari 2 mlm sebabnya mak pengerusi kursus pengguna di situ. Dengan keberanian yg ada digagahi utk pergi. PLR(pendang lake resort) ni boleh tahan sebabnya suasana dia tenang,afa tasik,dan dekat dgn pekan pendang.harga bilik pun berpatutan dan ada dorm untuk kursus dan kem.tasik buatan dkt plr ni jugak ada ikan.ramai jugak orang yang memancing waktu petang.
overall sesuaila dgn harga yg ditawarkan.
dah 3 hari,maka pulanglah ke rumah.tak la penat sangat sebabnya hanya teman bukan pergi kursus hehehe

9 Minggu Berlalu dan Fisioterapi

salam semua,moga dlm keberkatannya.
dah 9 minggu tragedi oktober berlaku.Alhamdulillah semakin pulih diri ini cuma bahagian kaki dan punggung masih dalam pemerhatian. Tadi pagi ke hospital pantai bersama cik isteri untuk buat fisioterapi bahagian kaki dan semuanya lancar.Aktiviti yg dilakukan tadi ialah senaman otot paha,mengayuh basikal dan tekanan pada kaki.dan semestinya aktiviti berjalan iaitu dgn menggunakan pemegang di kiri dan kanan dan jugak jalan dgn gunakan tongkat.fisio tadi ambik masa selama sejam.next fisio 30 dis. dan ahli fisio suruh exercise dkt rumah sama untuk cpt pulih.

doakan semoga diri ini cepat sembuh :-)

Khamis, 20 Disember 2012

Bercuti sambil terapi di Hotel Flamingo,Penang

salam semua.
masih diberi kesempatan untuk menulis lagi. dah lma tak menaip disebabkan kesibukan. yelah sangat. untuk pengetahuan skrg ni kesihatan ku ini semkin baik.ini ditambah dengan percutian keluarga di penang di hotel flamingo.

percutian yg di plan last minit akhirnya jadi juga. pada awlnya ingatkn tak dpat bercuti sebabnya semua hotel penuh tapi bila call hotel flmingo masih ada kosong,syukur.

percutian bermula hari isnin dengan tiba di flamingo hotel jam 5 ptg. bilik menarik dan kemas cuma dpt view bukan sblh pantai sebab semua view tu dah hbis book.

dah siap semua rehat penat perjalanan wlaupun hanya dua jam je.heheh.jam 6 lebih turun ke pantai.amat seksa bila diri ni yang pkai tongkat terpaksa turun tangga hampir 10 ank tangga yg pertama dan yg kedua hampir 10 jugak kalau tak silap tapi kena kuat sbabnya nak lepak tepi pantai hheheheh terapi oh terapi. sambil tgk anak buah main,fatin,hakim dan hasif main tepi pantai seronok pulak rasa nak join sama tapi mmg tak dapatla.tengok dari jauh je sambil riba si kecik dina.

malamnya makan ramai-ramai satu family dan lepastu ke road walk penang yg ada di batu feringgi.waktu sampai jam 11.15 mlm semua peniaga dah nk tutup,pelik gak.memang jauh dan kedai yg ada jual macam-macam,spek mata,baju,jam,mainan dll.sempat tanya penjual spek masa beli spek,knp sudah mau tutup?dia jwb orang x ramai jadi smua jm 12.sudah tutup.ooo ptutla.dulu mmg buka sampai awal pagi sebab ramai pelanggan.dah jlan road walk walaupun bertongkat sempat beli spek hitam n tie n mrs zubir beli penyngkut beg tangan.

esoknya bangun lwt dah tido lwt kan.bertolak balik jam 1230.dan singgah makan di kepala batas,memang sedap.memang best cuti dgn famili walaupun sekejap je ;-)